Showing posts with label sedar. Show all posts
Showing posts with label sedar. Show all posts

Tuesday, 1 February 2011

Sakit mata

Bismillah


Adeh..adeh..sakitnya mata..dan pastu turun ke hati..

jadilah sakit hati.

sebab apa????

sebab tengok orang yang tutup aurat (kemaluan).


ya Allah, bukakan lah hati mereka untuk menutupi kemaluan mereka ya Allah..aminn

Berdosakah aku?

Bismillah,


tiap-tiap hari aku terfikir, berdosakah aku kerana tidak menegur?

berdosakah aku membiarkan suamiku melihat aurat orang lain sedangkan aku perlu menegur?

susahnya nak menegur orang.tambahan lagi orang terdekat. berat mulut tapi fikirkan berat dosa yang perlu ditanggung nanti? ya Allah berikanlah aku kekuatan dan kelancaran lidah agar tidak menyinggung sesiapa.

Isteri Solehah

Dengan nama Allah yg maha pemurah lg maha penyayang.

Isteri solehah..
Perkataan yang amat diharapkan oleh seorang wanita bila sah bergelar isteri. Setiap apa yang akan dilakukan dan akan dilafazkan adalah untuk menjadi solehah kepada sang suami.

tapi..

Bagaimana yang dikatakan solehah?
Sukarkah menjadi solehah?
Kenapa perlu menjadi solehah

Saya bukanlah pakar motivasi ataupun ustazah yang pandai menjawab semua ini..

tapi saya hanyalah seorang ISTERI


yang mahu menjadi





SOLEHAH...

tapi,sukarnya ya Allah..aku hanya mampu berusaha dan berdoa padaMu. Namun aku tidak cekal untuk menahan api kemarahan dan baranku ini. Aku impikan sebuah keluarga mawaddah yang bahagia hingga ke akhirat.

Saturday, 28 November 2009

study oh study

nearly 4.00 am..

still awake..

reading about ACCA, how tough it is...

mampukah aku menanggung semua paper tu??dah 2tahun tinggal but then study..professional papers lak..adoiiii....pening..pening...

blum study lg pn dh rasa berat kepala ni..

1 perkara yang mengejutkan lg is..sebelum ni tau yg intake for june 2010 start on march but ...it is earlier..JANUARY.....cmna nih..lg sebulan,apa pn x ready lg!!!!!!!!!

ya Allah, mengejutkan btul la..

but..

tenang!

serah & mintak pada Allah, semua atas izin Dia.walau sekeras mana usaha but tak ingat pada yang Maha Kuasa, everything is nothing!

so now, clear your mind and ask KAPLAN..ahhhhh..takutttt


p/s-masa study nnt,baik2 la dgn tutor..rajin2 jumpa n disscuss dgn tutor k! jgn jd mcm dulu lg!

*abang please advise me..support me jugaaaaaaa





still xleh tido since azim keep awake nk susu..

subhanallahhhh

risaunya nih..

Thursday, 23 July 2009

sedarnya aku...setelah terjadinya peristiwa...

ya Allah ya Tuhanku..betapa besarnya hati ini apabila mendengar sahutan namaMu. tapi kenapa diri ini seringkali terlupa akan MU...sedihnya..pilunya hati ini ya Allah..

Semoga bermulanya hari ini..akan bermulalah sinar baru dalam hidupku.

kira-kira pukul 9 malam tadi...berlaku peristiwa yang tak mungkin aku lupakan sepanjang hayatku..selepas solat asar, aku ternampak permata hatiku skali lagi mengulangi tabiatnya..memasukkan something dalam mulut..kali ni..duit syiling 2p. aku tidak mahu memaksa dia untuk megeluarkan syiling itu tp, jiwa seorang ibu, sentiasa bimbang, sepantas kilat, permata hatiku tercekik syiling tersebut. walaupun sudah 3jam belalu, perasaanku tetap sama seperti tadi..ya Allah, hanya kepadaMu aku berserah..

Beberapa kali aku menepuk nepuk belakang permata hatiku, sambil menangis dan muntah-muntah, aku menelefon k.zue, insan yang sentiasa ku jadikan idola dalam menjalani kehidupan yang penuh sukar disini..dengan ketabahannya aku belajar...

Aku merayu supaya beliau segera datang ke rumahku..sebaik aku mematikan talian, dengan kuasa Allah akhirnya syiling tersebut terkeluar..syukur ya Allah..inilah pengalaman yang paling sukar bagiku, dengan 3 minit Allah melemparkan ujian kepadaku..cukup mengajarku banyak perkara.

Semoga dengan ini, aku tidak lagi leka dalam MENGGAPAI CINTA ILAHI..

Kasihku pada suami, permata hati, dan ayah bondaku..tidak akan sempurna jika tanpa didahului dengan kasih kepada Mu dan juga RasulMU ya Allah..

Sunday, 19 April 2009

untuk diriku sendiri

Mari hayati pesanan isteri ‘Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah. Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:

“Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal.

Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.

Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah 'budak' wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi 'budak' bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.

Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.

Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.

Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.

Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.

Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.

Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.

Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.

Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.

Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu.”

Nasihat di atas seharusnya diterima dengan beberapa asas penting:

l Suami yang dicari adalah suami yang beriman lagi taat kepada perintah Allah.

l Ketaatan kepada suami adalah wajib dengan syarat beliau tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat Allah.

l Begitulah hukum Allah, di sana sentiasa ada ‘dua bahagian muka syiling’. Kalau diperhati setiap nasihat di atas, perbuatan kita yang positif akan menghasilkan reaksi dan tindak balas positif juga dengan izin Allah.