Showing posts with label love. Show all posts
Showing posts with label love. Show all posts

Friday, 24 July 2009

cemburu

abang: sampai hati ayang tulis k.zue sebagai idola ayang kat sini. Abang ni??

aku: ayang anggap k,zue sebagai idola sebab ayang boleh contohi kekuatan dia, macam mana dia boleh survive kat sini. Abang pulak pendorong dan pembakar semangat ayang, malah lebih dari segala-galanya.

Suamiku terdiam.

Begitulah reaksi suamiku setiap kali aku memuji seseorang. Sangat lembut hatinya. Andainya dia tahu, bahawa dialah segala-galanya dalam hidupku. Tempatku mengadu, berkongsi suka duka tentang kehidupan dunia dan rumah tangga. Setiap kata-kata nasihat dan semangat membuatku semakin tabah dan matang. Sehingga kami dapat menjalani hidup penuh berdikari di bumi musafir ini.

Terima kasih Abang.

Thursday, 23 July 2009

6 OGOS 2009




'your appointment will be on 6th August at 630pm', kata nurse di bahagian family planning setelah berbincang tarikh yang sesuai untuk aku menjalani check up. kami suami isteri setuju kerana pada masa tu suamiku sudah pulang dari kerja..

dengan perasaan yang bercampur baur, aku masih berfikir, bersediakah aku menerima insan keempat dalam hidup kami sekeluarga, aku meminta nasihat keluarga dan sahabat-sahabat, Alhamdulillah ketemui kekuatan itu.
Sungguh tidak sabar untuk menanti saat itu berulang kembali..membawa khabar gembira kepada suami, dan juga keluarga di Malaysia..

InsyaAllah...Amin

Saturday, 15 November 2008

akhirnya..terima kasih Allah

benar kata orang..tiada masalah yg xdapat diselesaikan..tapi semuanya ada cara.jika kita memilih jalan yang betul, maka akan betullah tindakan dan keputusan yang kita ambil..tapi jika kita menggunakan cara yang salah..diri sendiri yang akan terima akibatnya..begitu juga dalam rumah tangga..kita harus bijak menyelesaikan apa jua masalah tanpa menjejaskan hubungan kasih sayang dan cinta yang telah dibina.dengan berpandukan kecintaan kita kepada Allah dan RasulNya, percayalah kita akan kembali tenang malah akan seribu kali tenang selepas sesuatu musibah datang menjenguk.itulah tanda kasih Allah kepada hambaNya..“Kadangkala ALLAH hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat.. Puas kita menangis, mencari di mana matahari! Rupanya ALLAH nak hadiahkan kita PELANGI..”

Friday, 14 November 2008

masalah dan permasalahan

masalah..perkataan yang membuatkan hidup kita sukar..yang memeningkan kepala sehinggakan ada yang sanggup mengambil jalan yang tidak wajar bagi diri sendiri mahupun ke atas orang lain..tapi..sedarkah kita bahawa masalah yang datang sebenarnya mematangkan kita..mahukan kita kembali kepadaNya..sesungguhnya hanya kepadaMu layak aku berserah..