Tuesday, 24 November 2009

kerana engkau suamiku

hari demi hari
ku meminjam kekuatanmu
untuk meneruskan hidup ini
yang telah kita bina
bersama-sama
atas dasar cinta
dan kasih kepada Nya

jauh ke negara asing kita menjelajah
membawa sebuah cinta
demi mengharung hidup
namun bersamamu,
bawalah aku walau ke hujung dunia
kerana yang dikejar
bukan hanya dunia
malah mencari cinta NYA

walaupun aku cuma sebegini
sering kekurangan dan kealpaan
namun engkau tidak memandang semua itu
setiap kelemahanku tidak engkau hiraukan
kerana bercambahnya cinta
dalam hati kita

sayang
setiap nafasku
diberi oleh Nya untuk berkhidmat untukmu
khidmat yang aku rela melakukannya
walau seribu tahun lagi
kerana engkau suamiku

kerana engkau suamiku
yang telah memberi sinar
sinar yang bukan sahaja untukku
malah kepada keluargaku

aku bersyukur
kerana engkau suamiku
aku bahagia seperti hari ini
aku gembira walau saban hari
hanya kita bertiga

daripada

...isterimu

No comments:

Post a Comment