abang: sampai hati ayang tulis k.zue sebagai idola ayang kat sini. Abang ni??
aku: ayang anggap k,zue sebagai idola sebab ayang boleh contohi kekuatan dia, macam mana dia boleh survive kat sini. Abang pulak pendorong dan pembakar semangat ayang, malah lebih dari segala-galanya.
Suamiku terdiam.
Begitulah reaksi suamiku setiap kali aku memuji seseorang. Sangat lembut hatinya. Andainya dia tahu, bahawa dialah segala-galanya dalam hidupku. Tempatku mengadu, berkongsi suka duka tentang kehidupan dunia dan rumah tangga. Setiap kata-kata nasihat dan semangat membuatku semakin tabah dan matang. Sehingga kami dapat menjalani hidup penuh berdikari di bumi musafir ini.
Terima kasih Abang.
No comments:
Post a Comment