Friday, 24 July 2009

dah boleh jadi abang

azim: mama mama

azim asyik ulang alik dari ruang tamu ke dapur

aku: ye...sayang tengok pipin dulu na..mama nak masak untuk daddy sat.

azim segera ke ruang tamu semula..(Alhamdulillah..pandainya azim, dah boleh jadi abang ni). Tapi mungkin belum ada rezeki lagi kali ini. Insyaallah, hanya dengan izinMu ya Allah dan kepadaMu aku berserah.

Pengalaman semalam begitu mengajarku hari ini. Alhamdulillah aku seakan terasa ada sinar kecil terpancar dibenakku. Ditambah pula dengan pengisian yang bayak aku belajar dari blog k.ina, aku berjaya menapak selangkah kehadapan dalam menjadi isteri dan ibu yang baik, insyaAllah..yang solehah..Amin..

suggested menus for age 18months


Sumber dari 'COMPLETE BABY & CHILDCARE' from DR. MIRIAM STOPPARD

....dan diedit sendiri oleh aku..

BREAKFAST
DAY 1 = 1/2 keping roti bakar, 1 hirisan telur rebus, 1 cawan jus buah

DAY 2 = 25g bijirin + 1/2 cawan susu 1 cawan jus buah, 1 hirisan buah pear tanpa kulit, 1/2 keping roti bakar
DAY 3 = 1 cawan jus buah, 1 sudu muesli + 50ml susu, 1/2 mashed banana, yogurt buah

LUNCH
Untuk anak-anak melayu normally will go for nasi..hehehe..menu ni aku edit sendiri

SNACKS
DAY 1 = 1 cawan air, 1 yogurt yg kecik, 1 pisang, 1 bread roll

DAY 2 = 1 cawan susu, 1 keping biskut kurang manis, 1 cawan air, 1 hiris kek

DAY 3 = 1 hiris buah oren, 1 fromage frais, 1 cawan jus buah, 1 peket keropok (unsalted)

DINNER

Juga boleh go for nasi or mee, bread diikuti dengan air masak, susu or blender kan 1/2 banana + 1 cawan susu..nyum nyummm..

pssssttt: DEBAB LA AZIM LEPAS NI..HHEHEHE

cemburu

abang: sampai hati ayang tulis k.zue sebagai idola ayang kat sini. Abang ni??

aku: ayang anggap k,zue sebagai idola sebab ayang boleh contohi kekuatan dia, macam mana dia boleh survive kat sini. Abang pulak pendorong dan pembakar semangat ayang, malah lebih dari segala-galanya.

Suamiku terdiam.

Begitulah reaksi suamiku setiap kali aku memuji seseorang. Sangat lembut hatinya. Andainya dia tahu, bahawa dialah segala-galanya dalam hidupku. Tempatku mengadu, berkongsi suka duka tentang kehidupan dunia dan rumah tangga. Setiap kata-kata nasihat dan semangat membuatku semakin tabah dan matang. Sehingga kami dapat menjalani hidup penuh berdikari di bumi musafir ini.

Terima kasih Abang.

Thursday, 23 July 2009

6 OGOS 2009




'your appointment will be on 6th August at 630pm', kata nurse di bahagian family planning setelah berbincang tarikh yang sesuai untuk aku menjalani check up. kami suami isteri setuju kerana pada masa tu suamiku sudah pulang dari kerja..

dengan perasaan yang bercampur baur, aku masih berfikir, bersediakah aku menerima insan keempat dalam hidup kami sekeluarga, aku meminta nasihat keluarga dan sahabat-sahabat, Alhamdulillah ketemui kekuatan itu.
Sungguh tidak sabar untuk menanti saat itu berulang kembali..membawa khabar gembira kepada suami, dan juga keluarga di Malaysia..

InsyaAllah...Amin

sedarnya aku...setelah terjadinya peristiwa...

ya Allah ya Tuhanku..betapa besarnya hati ini apabila mendengar sahutan namaMu. tapi kenapa diri ini seringkali terlupa akan MU...sedihnya..pilunya hati ini ya Allah..

Semoga bermulanya hari ini..akan bermulalah sinar baru dalam hidupku.

kira-kira pukul 9 malam tadi...berlaku peristiwa yang tak mungkin aku lupakan sepanjang hayatku..selepas solat asar, aku ternampak permata hatiku skali lagi mengulangi tabiatnya..memasukkan something dalam mulut..kali ni..duit syiling 2p. aku tidak mahu memaksa dia untuk megeluarkan syiling itu tp, jiwa seorang ibu, sentiasa bimbang, sepantas kilat, permata hatiku tercekik syiling tersebut. walaupun sudah 3jam belalu, perasaanku tetap sama seperti tadi..ya Allah, hanya kepadaMu aku berserah..

Beberapa kali aku menepuk nepuk belakang permata hatiku, sambil menangis dan muntah-muntah, aku menelefon k.zue, insan yang sentiasa ku jadikan idola dalam menjalani kehidupan yang penuh sukar disini..dengan ketabahannya aku belajar...

Aku merayu supaya beliau segera datang ke rumahku..sebaik aku mematikan talian, dengan kuasa Allah akhirnya syiling tersebut terkeluar..syukur ya Allah..inilah pengalaman yang paling sukar bagiku, dengan 3 minit Allah melemparkan ujian kepadaku..cukup mengajarku banyak perkara.

Semoga dengan ini, aku tidak lagi leka dalam MENGGAPAI CINTA ILAHI..

Kasihku pada suami, permata hati, dan ayah bondaku..tidak akan sempurna jika tanpa didahului dengan kasih kepada Mu dan juga RasulMU ya Allah..