Thursday, 23 July 2009

sedarnya aku...setelah terjadinya peristiwa...

ya Allah ya Tuhanku..betapa besarnya hati ini apabila mendengar sahutan namaMu. tapi kenapa diri ini seringkali terlupa akan MU...sedihnya..pilunya hati ini ya Allah..

Semoga bermulanya hari ini..akan bermulalah sinar baru dalam hidupku.

kira-kira pukul 9 malam tadi...berlaku peristiwa yang tak mungkin aku lupakan sepanjang hayatku..selepas solat asar, aku ternampak permata hatiku skali lagi mengulangi tabiatnya..memasukkan something dalam mulut..kali ni..duit syiling 2p. aku tidak mahu memaksa dia untuk megeluarkan syiling itu tp, jiwa seorang ibu, sentiasa bimbang, sepantas kilat, permata hatiku tercekik syiling tersebut. walaupun sudah 3jam belalu, perasaanku tetap sama seperti tadi..ya Allah, hanya kepadaMu aku berserah..

Beberapa kali aku menepuk nepuk belakang permata hatiku, sambil menangis dan muntah-muntah, aku menelefon k.zue, insan yang sentiasa ku jadikan idola dalam menjalani kehidupan yang penuh sukar disini..dengan ketabahannya aku belajar...

Aku merayu supaya beliau segera datang ke rumahku..sebaik aku mematikan talian, dengan kuasa Allah akhirnya syiling tersebut terkeluar..syukur ya Allah..inilah pengalaman yang paling sukar bagiku, dengan 3 minit Allah melemparkan ujian kepadaku..cukup mengajarku banyak perkara.

Semoga dengan ini, aku tidak lagi leka dalam MENGGAPAI CINTA ILAHI..

Kasihku pada suami, permata hati, dan ayah bondaku..tidak akan sempurna jika tanpa didahului dengan kasih kepada Mu dan juga RasulMU ya Allah..

1 comment:

  1. ya Allah risau nya...huhu

    Alhamdulillah...sebaik je syiling tu keluar....

    ReplyDelete